BAWANG MERAH SEBAGAI BUMBU MASAKAN
Bawang merah adalah salah satu sayuran yang penting dalam bahan masakan Melayu, baik untuk masakan rumah tangga, dan juga sebagai bahan dalam industri makanan. Pengeluaran bawang merah pada masa ini di Malaysia masih tidak mampu memenuhi permintaan yang ada terutama di saat menjelang hari-hari perayaan seperti hari raya. Oleh itu usaha untuk meningkatkan lagi penanaman bawang merah perlu dipertingkatkan lagi di Malaysia. Kebanyakkan stok bawang merah yang berada di pasaran Malaysia dimport dari negara India, bagi memenuhi permintaan tempatan di negara tersebut.
Di Malaysia, masalah kekurangan stok bawang merah sering berlaku saban tahun khususnya di Sarawak, ini kerana sektor pertanian bawang merah dijalankan secara kecil-kecilan di negara tersebut, tidak mampu menampung lambakan permintaan yang melebihi bekalan. Pengeluar utama bawang merah iaitu India pula sering mengalami masalah banjir yang menenggelamkan kebanyakkan ladang penanaman bawang merahnya, ini sekali gus mengakibatkan pengeluaran bawang merah di negara itu turut terjejas. Selain itu, harga siling bahan mentah makanan tersebut juga turut tidak menentu. Ini mendesak kerajaan Malaysia, untuk memikirkan langkah alternatif untuk menangani masalah ini antaranya mengesyorkan pengguna membeli bawang merah yang diimport dari Belanda atau China. Daun bawang merah boleh digunakan sebagai tambahan rencah dalam masakan sup, sayur-sayuran, salad atau pun sebagai penghias lauk-lauk lain.
SUPPLIER BAWANG MERAH LOKAL | HUB. 0852.3161.2096